Petikan Blog Aduka Taruna

Terpanggil hamba untuk mengulas sepatah dua kata berkaitan dengan tindakan sesetengah blogger yang amat lantang bersuara terutama sekali selepas membaca beberapa blog yang mempertahankan ADUKA TARUNA dan tindakan beliau. Apa yang dapat dilihat mereka ini dengan semangat waja telah menyokong AT dan juga melaungkan semua ini adalah angkara ungkapan yang telah dipetik dari halaman web lain. Bagi hamba AT jika beliau benar berniat jujur ingin mengupas pandangan yang diutarakan oleh halaman lain, seeloknya  beliau benar benar menerangkan dengan terperinci. Dari apa yang terjadi sekarang, nampaknya yang sebaliknya berlaku. Beliau telah menimbulkan satu ‘krisis’ di mana akhirnya beliau sendiri yang terjerat. Musibah dari perbuatan beliau adalah sehingga tersiar maklumat peribadi AT dalam satu ‘online’ forum tempatan sehingga telefon beliau serta ahli keluarga telah dihujani dengan pelbagai SMS yang menghentam mereka.

Walau apapun… bacalah sendiri petikan berikut dan fikirkanlah.

Advertisements

January 29, 2010 at 3:07 am 1 comment

Aduka Taruna

Malu Menunjukkan Wajah Sebenar

Inilah potret terbaru blogger termasyhur kerana sebab sebab yang semuanya salah, Aduka Taruna. Kenapa harus beliau menutup mukanya. Adakah beliau malu untuk menunjukkan wajah beliau? Hanya berani berkata kata di Dunia Siber namun tidak berani berjalan megah lagi akan kerna kesalahan yang memang jelas lagi nyata. Mungkin beliau sedar yang tindakan bodoh beliau boleh mengakibatkan AIB besar kepada keluarga dan juga rakan rakan.

Namun semuanya sudah terlambat. Nasi sudah bukan setakat jadi bubur, namun sudah jadi bubur hangit yang dapat dihidu seantero negara. Kamu boleh meminta maaf kepada yang masih hidup, tapi bagaimana mahu panjatkan maaf kamu kepada Almarhum?

January 28, 2010 at 2:30 am Leave a comment

Aduka Taruna – Pengkhianat Melayu Moden

Pengkhianat Melayu Moden adalah sememangnya label yang sesuai diberi kepada AT. Bukan niat hamba untuk mencelah dan menumpang populariti beliau, akan tetapi hamba rasa beliau sememangnya adalah seorang yang hanya inginkan kepopularan untuk diri sendiri sehingga beliau terjerat. Tindakan beliau dengan kata kata yang kurang ajar adalah satu penghinaan yang tak sewajarnya dihamburkan, bukan setakat terhadap seorang Sultan akan tetapi jika ianya ditujukan kepada saudara seagama yang lain pun, ia memang tidak wajar. Adakah sebagai seorang yang mengelarkan diri sebagai seorang pemerhati bebas, beliau layak untuk mengucapkan perkataan sedemikian. Apa yang beliau perhatikan? Yang nyata adalah beliau sekarang yang berada dalam pemerhatian. Terkurung dalam “Hotel Lima Bintang” ataupun nama yang syahdunya LOKAP. Makan nasi bungkus hasil dari ihsan pembayar cukai. Dan sekarang memang beliau popular, tapi popular sebagai anak melayu yang tak sepatutnya memijak kaki di tanah melayu.

erlihat ada satu komen dalam blog beliau yang mempertahankan beliau dan jua menyatakan bahawa Sultan Melayu sudah tidak releven. Berikut adalah petikan komen beliau:-

ibnu marzuki al firdaus says
Wednesday, January 27, 2010 10:19:00 PM GMT+08:00
“AT ada kah kamu melayu? bukan..”

buat apa jadi meLAYU, doh?

patutlah lembap nak mampos!

wakaka…

*p.s. 1) aku keturunan menyegar.
2) depa kata kita tak boleh hidup tanpa sultan. habis melaka & sarawak tuh apa kes? indon pun boleh survive! dasar bangang otak masih pakai keris untk bertahan, keldai untuk bergerak & burung merpati untuk berhubung BERBANDING pistol, kereta & HP…

Sumber : #mce_temp_url#

Ini sememangnya seorang lagi hamla yang tidak sedar diri. Kaum Melayu sekarang sudah hampir mengalami kepupusan identiti. Dan Institusi Raja adalah merupakan salah satu dari dahan utuh yang kita berpaut untuk mempertahankan maruah Melayu. Bila Raja diperlekehkan, maka seluruh kaum Melayu juga diperlekeh. Sebagai pemimpin kita, apa yang kita akan buat apabila Raja kita dihina. Semestinya kita akan melawan balik dan mengambil seruan untuk menghukum manusia jahat yang menghina pemimpin kaum kita.

Kita sudah ada undang undang bertulis yang menyatakan akan musibah yang menimpa mereka yang seperti AT. Biar undang undang dilaksanakan dan biarlah dia menanggung padahnya. Kalau diikutkan tahap kepanasan, buang negeri saja AT ni. Humban dia ke pulau terpencil di tengah lautan dan biarkan beliau hidup bersama spesis hidupan liar di sana. Kerana memang layak bagi seorang melayu yang tak mengenal asal usulnya untuk hidup bertemankan siamang!

January 28, 2010 at 2:09 am Leave a comment

Shamsiah Fakeh ~ Ratu Rimba Malaya~ Benarkah dia membunuh anaknya di hutan?

Memang banyak yang telah  diperkatakan tentang ‘Ratu Rimba Malaya’ di pelbagai ruangan samada blog mahupun rencana dalam penerbitan mainstream di negara kita. Dilahirkan di Kg. Gemuruh Negeri Sembilan pada tahun 1924. Beliau merupakan ketua kepada Angkatan Wanita Sedar(AWAS) sebelum meneruskan perjuangan beliau secara gerila dalam Rejimen ke – 10 Parti KOmunis Malaya iaitu detasmen untuk kaum melayu dalam PKM.

Satu isu yang masih lagi menjadi tandatanya sampai sekarang adalah berkaitan dengan khabar angin yang menyatakan bahawa beliau telah membunuh anaknya dalam hutan akibat kecewa dengan suaminya yang telah keluar menyerah diri kepada pihak polis dan meninggalkan perjuangan bersenjata terhadap pemerintah. Terdapat dua versi akan cara bayi berkenaan telah di bunuh iaitu versi pertama ialah beliau telah dengan secara kejam telah menghempas bayi berkenaan ke batu sehingga mati, manakala versi kedua pula ialah beliau telah mencampakkan anak itu ke dalam sungai untuk mati.Versi kedua ini diceritakan oleh Musa Ahmad(Bekas Pengerusi PKM) manakala versi yang pertama tadi telah diceritakan oleh seorang teman beliau  yang juga merupakan bekas teman sekolah beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia pada tahun 1987. Versi beliau membunuh anaknya dengan menghempas ke batu ini telah digunapakai oleh Arena Wati dalam novel SANDERA yang diterbitkan pada tahun 1971. Di dalam novel ini watak beliau telah gambarkan sebagai Sariyah, seorang pejuang yang telah menjadi gerila komunis. Akan tetapi yang berbeza dari kenyataan ialah watak Sariyah telah menyerah diri kepada pihak berkuasa beberapa hari sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan kerana menganggap bahawa perjuangan Sariyah telah selesai dengan bebasnya tanahair dari cengkaman penjajah. Berbeza dengan Shamsiah yang menghabiskan sebahagian besar hidup beliau di negara China walaupun negara telah merdeka dan hanya pulang ke tanahair selepas perjanjian damai dimeterai.


Shamsiah telah menafikan tududhan ini dan menyatakan bahawa bayi tersebut telah di bunuh oleh anggota PKM lain yang menganggap bayi tersebut sebagai halangan bagi pergerakan bebas mereka dalam perjuangan bersenjata secara gerila di dalam hutan tropika. Malah beliau menyatakan bahawa berita ini adalah merupakan propaganda yang dihebahkan oleh pemerintah Inggeris untuk memburukkan nama beliau. Ini telah dinyatakan beliau dalam bukunya ‘Memoir Shamsiah Fakeh – Dari AWAS ke Rejimen ke -10’.


Dengan pemergian Shamsiah menghadap Ilahi pada 2008. Maka terkuburlah bersama akan jawapan sebenar kepada persoalan ini. Benarkah Shamsiah telah membunuh anaknya.

“Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan Britishuntuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita.”

– Shamsiah Fakeh –

June 25, 2009 at 1:48 am Leave a comment

Bila Chin Peng Balik Ke Malaysia~ Satu fantasi

Jika Chin Peng di benar pulang ke Malaysia.

Pasti akan ada resepsi sambutan yang berbelah bagi untuk Chin Peng. Semestinya pemimpin dan konco konco dari golongan yang menyokong dan memperjuangkan kepulangan Chin Peng akan berada di pihak yang akan menyambut kepulangan Chin Peng di KLIA. Dengan jambangan bunga untuk dikalungkan di leher Chin Peng setibanya beliau semula ke tanah Malaya. Mungkinkah Chin Peng akan membuat lakonan dramatik dengan bertindak sujud ke tanah KLIA dan mencium bumi?. Mungkinkah beliau akan mengaku mencintai tanah air yang pernah porak peranda selama berpuluh tahun dek keganasan gerombolan yang diketuai beliau.

Semestinya jua akan ada satu lagi golongan yang akan menganjurkan tunjuk perasaan dalam usaha membantah kepulangan ‘Algojo Besar Malaya’. Dan semestinya mereka akan bersifat emosianal dalam melaungkan ekspressi diri mereka. Mungkinkah FRU terpaksa dipanggil untuk meredakan mereka? (Gambar di bawah hanyalah sekadar hiasan)

Dan mungkinkah satu majlis resepsi diadakan di Hutan Belantara oleh bekas anggota PKM yang telah ‘pencen’ untuk menyambut kepulangan pemimpin agung mereka.

Dengan penuh nostalgia, mereka akan menyarungkan kembali pakaian seragam katak hijau mereka dan mencipta semula kem komunis di Templar Park untuk resepsi berkenaan. Dan mereka beratur dengan megah untuk menyambut Chin Peng dalam agenda pertama rasmi beliau sebaik pulang. Dengan bangga sekali pasti mereka akan mengadakan jamuan yang ber’menu’ monyet serta tupai panggang untuk mewujudkan kembali suasana dalam hutan yang menjadi kebiasaan mereka.


Tetapi akhirnya akan ada jua hadiah dari rakyat Malaysia yang menentang kepulangan beliau. Mungkinkah kita akan bingkaikan gambar di bawah. Gambar satria kita dari Bukit Kepong yang menjadi antara manifestasi unggul kekejaman komunis di Malaya.

Nota

Nukilan ini hanyalah satu andaian kosong yang semestinya tidak akan terjadi kerana pemimpin negara kita yang arif sudah dari awal menyatakan bahawa Chin Peng tidak akan sesekali dibenarkan pulang.

June 21, 2009 at 1:04 am Leave a comment

SocialVibe

Dear friends


If you happened to be a visitor to my blog and are curious about the widget located at the right hand side of this page which has a button saying “help now”, please be informed that that widget is from SocialVibe .

This service is provided free by them and you as a blogger can choose from a selection of causes to support. Then you choose from a selection of corporate company which would contribute to your cause everytime ypu click on the “help now” button. The blogger who owns the page won’t get any financial profit at all from this action but the sponsor shall contribute financial assistance to your chosen cause everytime the button is clicked.


It is my hope that visitors to this blog would assist in the cause that I have chosen, which is ‘Stand Up To Cancer’ and everytime you clicked on the button, my chosen sponsor which is ‘powerbar’ would donate to the cause.


If you have clicked on the button. Thank you!

June 21, 2009 at 12:05 am Leave a comment

Chin Peng Lagi

 

 

Nampaknya isu Chin Peng masih lagi hangat diperkatakan. Walaupun sudah tengelam dek isu panas semasa yang lain dalam akhbar streamline di negara kita. Namun, perang isu samada wajar atau tidak Chin Peng di benar pulang masih lagi hangat di kalangan blogger tempatan. 

Tadi saya berkesempatan menjenguk bebrapa blog yang membicarakan isu ini dalam posting blogger berkenaan dalam tepoh beberapa hari lepas. Nampaknya debat masih terbuka. Ada yang menyatakan bahawa Chin Peng sudah ‘harmless’, apa salahnya dia dibenarkan pulang. Tak kurang juga yang menyamakan isu chin peng ini dengan membandingkan kekejaman jepun yang lagi teruk berbanding MPAJA yang merupakan organisasi yang membekal pelopor PKM. Ada juga yang bertanya, adakah menghantar Askar Melayu ke Buckingham Palace tidak kurang sama juga dengan menghina Askar Melayu?.

Namun, isu yang menjadi ‘priority‘ adalah wajarkah beliau dibenarkan pulang?. Ramai yang sudah berlembut dan mengambil sikap terbuka untuk menerima kepulangan Chin Peng. Tidak kurang juga ada yang masih dengan secara keras mahu menghalang kepulangan beliau. 

Sememangnya Parti Komunis Malaya(PKM) tidak lagi menjadi ancaman kepada negara kita. Yang menjadi persoalan adalah, bolehkah kesilapan lepas mereka dimaafkan dalam generasi kita atau kita perlu menunggu lebih lama lagi untuk rakyat melupakan kekejaman PKM?. Atau ahli PKM yang lain sudah dimaafkan namun Chin Peng sebagai pemimpin PKM yang menentukan halatuju serta dasar PKM dahulu masih lagi belum dimaafkan sepenuhnya. Rasanya belum masanya lagi untuk seluruh rakyat Malaysia melupakan dosa PKM. Mungkin satu dua generasi lagi dari sekarang, bila ianya hanya sekadar cebisan dalam lipatan sejarah kita yang terkandung dalam buku-buku ilmiah sahaja. Dan mereka yang terlibat secara langsung dengan peperangan menentang pengganas komunis sudah tiada lagi, mungkin pandangan rakyat Malaysia akan lebih terbuka. Tapi pada saat ini, rasanya luka masih lagi berparut dan amat sukar untuk menerima kembali Chin Peng di tanah Malaysia.

 

June 15, 2009 at 2:27 am Leave a comment

Older Posts Newer Posts


Member of:

JomLayan

BlogMalaysia.com

BloggerMelayu.com
November 2017
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Archives

Visitors

  • 8,472 hits

Ucapkanlah