Archive for January, 2010

Potret Terbaru Aduka Taruna

Kenapa Tutup Muka?

AT semasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban.

Cuma satu persoalan…

Kenapa tutp muka saudara? Adakah saudara malu nak tunjuk muka kat khalayak umum?

Atau saudara rasa perbuatan saudara tu memang salah, jadi saudara malu la ya. Kalau macam tu masa hadap cermin pun saudara patut tutup muka, sebab saudara patut malu dengan diri sendiri jugak sama.

January 29, 2010 at 10:49 pm Leave a comment

Petikan Blog Aduka Taruna

Terpanggil hamba untuk mengulas sepatah dua kata berkaitan dengan tindakan sesetengah blogger yang amat lantang bersuara terutama sekali selepas membaca beberapa blog yang mempertahankan ADUKA TARUNA dan tindakan beliau. Apa yang dapat dilihat mereka ini dengan semangat waja telah menyokong AT dan juga melaungkan semua ini adalah angkara ungkapan yang telah dipetik dari halaman web lain. Bagi hamba AT jika beliau benar berniat jujur ingin mengupas pandangan yang diutarakan oleh halaman lain, seeloknya ¬†beliau benar benar menerangkan dengan terperinci. Dari apa yang terjadi sekarang, nampaknya yang sebaliknya berlaku. Beliau telah menimbulkan satu ‘krisis’ di mana akhirnya beliau sendiri yang terjerat. Musibah dari perbuatan beliau adalah sehingga tersiar maklumat peribadi AT dalam satu ‘online’ forum tempatan sehingga telefon beliau serta ahli keluarga telah dihujani dengan pelbagai SMS yang menghentam mereka.

Walau apapun… bacalah sendiri petikan berikut dan fikirkanlah.

January 29, 2010 at 3:07 am 1 comment

Aduka Taruna

Malu Menunjukkan Wajah Sebenar

Inilah potret terbaru blogger termasyhur kerana sebab sebab yang semuanya salah, Aduka Taruna. Kenapa harus beliau menutup mukanya. Adakah beliau malu untuk menunjukkan wajah beliau? Hanya berani berkata kata di Dunia Siber namun tidak berani berjalan megah lagi akan kerna kesalahan yang memang jelas lagi nyata. Mungkin beliau sedar yang tindakan bodoh beliau boleh mengakibatkan AIB besar kepada keluarga dan juga rakan rakan.

Namun semuanya sudah terlambat. Nasi sudah bukan setakat jadi bubur, namun sudah jadi bubur hangit yang dapat dihidu seantero negara. Kamu boleh meminta maaf kepada yang masih hidup, tapi bagaimana mahu panjatkan maaf kamu kepada Almarhum?

January 28, 2010 at 2:30 am Leave a comment

Aduka Taruna – Pengkhianat Melayu Moden

Pengkhianat Melayu Moden adalah sememangnya label yang sesuai diberi kepada AT. Bukan niat hamba untuk mencelah dan menumpang populariti beliau, akan tetapi hamba rasa beliau sememangnya adalah seorang yang hanya inginkan kepopularan untuk diri sendiri sehingga beliau terjerat. Tindakan beliau dengan kata kata yang kurang ajar adalah satu penghinaan yang tak sewajarnya dihamburkan, bukan setakat terhadap seorang Sultan akan tetapi jika ianya ditujukan kepada saudara seagama yang lain pun, ia memang tidak wajar. Adakah sebagai seorang yang mengelarkan diri sebagai seorang pemerhati bebas, beliau layak untuk mengucapkan perkataan sedemikian. Apa yang beliau perhatikan? Yang nyata adalah beliau sekarang yang berada dalam pemerhatian. Terkurung dalam “Hotel Lima Bintang” ataupun nama yang syahdunya LOKAP. Makan nasi bungkus hasil dari ihsan pembayar cukai. Dan sekarang memang beliau popular, tapi popular sebagai anak melayu yang tak sepatutnya memijak kaki di tanah melayu.

erlihat ada satu komen dalam blog beliau yang mempertahankan beliau dan jua menyatakan bahawa Sultan Melayu sudah tidak releven. Berikut adalah petikan komen beliau:-

ibnu marzuki al firdaus says
Wednesday, January 27, 2010 10:19:00 PM GMT+08:00
“AT ada kah kamu melayu? bukan..”

buat apa jadi meLAYU, doh?

patutlah lembap nak mampos!

wakaka…

*p.s. 1) aku keturunan menyegar.
2) depa kata kita tak boleh hidup tanpa sultan. habis melaka & sarawak tuh apa kes? indon pun boleh survive! dasar bangang otak masih pakai keris untk bertahan, keldai untuk bergerak & burung merpati untuk berhubung BERBANDING pistol, kereta & HP…

Sumber : #mce_temp_url#

Ini sememangnya seorang lagi hamla yang tidak sedar diri. Kaum Melayu sekarang sudah hampir mengalami kepupusan identiti. Dan Institusi Raja adalah merupakan salah satu dari dahan utuh yang kita berpaut untuk mempertahankan maruah Melayu. Bila Raja diperlekehkan, maka seluruh kaum Melayu juga diperlekeh. Sebagai pemimpin kita, apa yang kita akan buat apabila Raja kita dihina. Semestinya kita akan melawan balik dan mengambil seruan untuk menghukum manusia jahat yang menghina pemimpin kaum kita.

Kita sudah ada undang undang bertulis yang menyatakan akan musibah yang menimpa mereka yang seperti AT. Biar undang undang dilaksanakan dan biarlah dia menanggung padahnya. Kalau diikutkan tahap kepanasan, buang negeri saja AT ni. Humban dia ke pulau terpencil di tengah lautan dan biarkan beliau hidup bersama spesis hidupan liar di sana. Kerana memang layak bagi seorang melayu yang tak mengenal asal usulnya untuk hidup bertemankan siamang!

January 28, 2010 at 2:09 am Leave a comment


Member of:

JomLayan

BlogMalaysia.com

BloggerMelayu.com
January 2010
M T W T F S S
« Jun   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Archives

Visitors

  • 8,443 hits

Ucapkanlah