Shamsiah Fakeh ~ Ratu Rimba Malaya~ Benarkah dia membunuh anaknya di hutan?

June 25, 2009 at 1:48 am Leave a comment


Memang banyak yang telah  diperkatakan tentang ‘Ratu Rimba Malaya’ di pelbagai ruangan samada blog mahupun rencana dalam penerbitan mainstream di negara kita. Dilahirkan di Kg. Gemuruh Negeri Sembilan pada tahun 1924. Beliau merupakan ketua kepada Angkatan Wanita Sedar(AWAS) sebelum meneruskan perjuangan beliau secara gerila dalam Rejimen ke – 10 Parti KOmunis Malaya iaitu detasmen untuk kaum melayu dalam PKM.

Satu isu yang masih lagi menjadi tandatanya sampai sekarang adalah berkaitan dengan khabar angin yang menyatakan bahawa beliau telah membunuh anaknya dalam hutan akibat kecewa dengan suaminya yang telah keluar menyerah diri kepada pihak polis dan meninggalkan perjuangan bersenjata terhadap pemerintah. Terdapat dua versi akan cara bayi berkenaan telah di bunuh iaitu versi pertama ialah beliau telah dengan secara kejam telah menghempas bayi berkenaan ke batu sehingga mati, manakala versi kedua pula ialah beliau telah mencampakkan anak itu ke dalam sungai untuk mati.Versi kedua ini diceritakan oleh Musa Ahmad(Bekas Pengerusi PKM) manakala versi yang pertama tadi telah diceritakan oleh seorang teman beliau  yang juga merupakan bekas teman sekolah beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia pada tahun 1987. Versi beliau membunuh anaknya dengan menghempas ke batu ini telah digunapakai oleh Arena Wati dalam novel SANDERA yang diterbitkan pada tahun 1971. Di dalam novel ini watak beliau telah gambarkan sebagai Sariyah, seorang pejuang yang telah menjadi gerila komunis. Akan tetapi yang berbeza dari kenyataan ialah watak Sariyah telah menyerah diri kepada pihak berkuasa beberapa hari sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan kerana menganggap bahawa perjuangan Sariyah telah selesai dengan bebasnya tanahair dari cengkaman penjajah. Berbeza dengan Shamsiah yang menghabiskan sebahagian besar hidup beliau di negara China walaupun negara telah merdeka dan hanya pulang ke tanahair selepas perjanjian damai dimeterai.


Shamsiah telah menafikan tududhan ini dan menyatakan bahawa bayi tersebut telah di bunuh oleh anggota PKM lain yang menganggap bayi tersebut sebagai halangan bagi pergerakan bebas mereka dalam perjuangan bersenjata secara gerila di dalam hutan tropika. Malah beliau menyatakan bahawa berita ini adalah merupakan propaganda yang dihebahkan oleh pemerintah Inggeris untuk memburukkan nama beliau. Ini telah dinyatakan beliau dalam bukunya ‘Memoir Shamsiah Fakeh – Dari AWAS ke Rejimen ke -10’.


Dengan pemergian Shamsiah menghadap Ilahi pada 2008. Maka terkuburlah bersama akan jawapan sebenar kepada persoalan ini. Benarkah Shamsiah telah membunuh anaknya.

“Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan Britishuntuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita.”

– Shamsiah Fakeh –

Entry filed under: Thoughts. Tags: , , .

Bila Chin Peng Balik Ke Malaysia~ Satu fantasi Aduka Taruna – Pengkhianat Melayu Moden

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Member of:

JomLayan

BlogMalaysia.com

BloggerMelayu.com
June 2009
M T W T F S S
« May   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Archives

Visitors

  • 8,330 hits

Ucapkanlah