PM Terhebat!

June 15, 2009 at 1:25 am Leave a comment


Tun M!

mahathir

1. Visinya yang jauh ke depan

Dulu ramai yang menentang visi Tun M dalam pelbagai  aspek. Kita ambil contoh Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya. Ramai yang menganggap projek ini sebagai pembaziran wang rakyat dan alasan untuk memperkayakan kroni tertentu. Namun sekarang kita dapat berbangga dengan Putrajaya dan suara sumbang yang lantang dahulu sudah tidak kedengaran lagi. Cuba bayangkan Bandaraya Kuala Lumpur dengan pejabat kerajaan bersepah di ceruk sana sini. Kompleks pejabat kerajaan Jalan Duta, Pusat Bandar Damansara dan pelbagai bangunan kerajaan di seluruh pelusuk bandaraya yang menyebabkan sukar untuk rakyat untuk berurusan dengan kerajaan. Namun sekarang semua urusan dapat dijalankan di satu pusat yang amat menyenangkan semua rakyat.

Begitu jua dengan KLCC. Juga disebut sebagai pembziran wang Petronas dan juga negara. Namun sebut saja menara berkembar Petronas sekarang, satu dunia tahu ianya di KL. Malah ia melonjakkan imej Malaysia di serata dunia. Filem Hindustan dan Hollywood pun tanpa segan silu membuat penggambaran berlatarbelakangkan KLCC.

2. Percaturan politik yang licik

Tun selalunya membuat percaturan politik yang licik dan tepat terutama dalam menghadapi krisis dan seringkali kita lihat keputusan yang dibuat beliau telah menyelamatkan karier politik beliau.

Krisis kepimpinan UMNO di mana kepimpinan beliau dicabar KuLi.

Perceraian 2M(Mahathir dan Musa)

Penyingkiran DSAI

Adalah antara senario politik yang dapat kita lihat yang mencerminkan kebolehan Tun dalam menangani isu panas dalam zaman pemerintahan beliau. Ada yang berpendapat bahawa Tun dikelilingi penasihat yang merupakan ‘Political Animals’ yang berani untuk bertindak dalam menyelesaikan krisis dan tidak lemah serta gentar dalam  tindakan mereka.

3. Membela pribumi Melayu

Kalau kita lihat semasa zaman Tun, walaupun peluang diberi kepada semua bangsa untuk berkembang maju di Malaysia. Nasib melayu tidak diabaikan. Dalam mempertahankan DEB yang banyak membela nasib melayu, Tun tidak tunduk kepada gesaan sesetengah pihak yang menentang hak istimewa melayu. Malah dari apa yang kita lihat, pihak berkenaan tidak berani bersuara lantang dalam hal keistimewaan melayu. Berbeza dengan apa yang kita lihat sekarang, ada segelintir pihak yang sudah berani untuk bersuara secara terang terang yang mengakibatkan kestabilan politik mula goyah dan juga keharmonian kaum di Malaysia terancam.

4. Kelantangan bersuara

Dalam pentas dunia, sebuah negara membangun yang kerdil seperti Malaysia mula dikenali apabila pemimpin kita berani untuk menyelar dunia barat dalam ucapan serta kenyataan beliau. Isu Palestin, kewangan dunia, monopoli barat, penindasan terhadap penduduk Islam di Bosnia Hezergovina serta pelbagai lagi pendapat beliau yang diutarakan telah melonjak nama beliau di mata dunia. Malah atas kelantangan beliau pernah seorang bekas PM Australia memanggil Tun sevagai ‘Recalcitrant‘ atau keras kepala. Namun itu semua tidak melunturkan semangat Tun.

Malah penduduk Islam serata dunia masih menghormati dan mengenali Tun berbanding pemimpin kita selepas beliau. Sekarang jua, rata-rata penduduk Islam dari negara lain akan menyebut “Mahathir” dengan perkataan ‘good’ sambil mengangkat ibu jari, walaupun sudah beberapa tahun Tun mengundurkan diri.

Entry filed under: Thoughts. Tags: .

Chin Peng ~ Sejarah Hidup dan Nasib Selanjutnya Chin Peng Lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Member of:

JomLayan

BlogMalaysia.com

BloggerMelayu.com
June 2009
M T W T F S S
« May   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Archives

Visitors

  • 8,330 hits

Ucapkanlah