Archive for June, 2009

Shamsiah Fakeh ~ Ratu Rimba Malaya~ Benarkah dia membunuh anaknya di hutan?

Memang banyak yang telah  diperkatakan tentang ‘Ratu Rimba Malaya’ di pelbagai ruangan samada blog mahupun rencana dalam penerbitan mainstream di negara kita. Dilahirkan di Kg. Gemuruh Negeri Sembilan pada tahun 1924. Beliau merupakan ketua kepada Angkatan Wanita Sedar(AWAS) sebelum meneruskan perjuangan beliau secara gerila dalam Rejimen ke – 10 Parti KOmunis Malaya iaitu detasmen untuk kaum melayu dalam PKM.

Satu isu yang masih lagi menjadi tandatanya sampai sekarang adalah berkaitan dengan khabar angin yang menyatakan bahawa beliau telah membunuh anaknya dalam hutan akibat kecewa dengan suaminya yang telah keluar menyerah diri kepada pihak polis dan meninggalkan perjuangan bersenjata terhadap pemerintah. Terdapat dua versi akan cara bayi berkenaan telah di bunuh iaitu versi pertama ialah beliau telah dengan secara kejam telah menghempas bayi berkenaan ke batu sehingga mati, manakala versi kedua pula ialah beliau telah mencampakkan anak itu ke dalam sungai untuk mati.Versi kedua ini diceritakan oleh Musa Ahmad(Bekas Pengerusi PKM) manakala versi yang pertama tadi telah diceritakan oleh seorang teman beliau  yang juga merupakan bekas teman sekolah beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia pada tahun 1987. Versi beliau membunuh anaknya dengan menghempas ke batu ini telah digunapakai oleh Arena Wati dalam novel SANDERA yang diterbitkan pada tahun 1971. Di dalam novel ini watak beliau telah gambarkan sebagai Sariyah, seorang pejuang yang telah menjadi gerila komunis. Akan tetapi yang berbeza dari kenyataan ialah watak Sariyah telah menyerah diri kepada pihak berkuasa beberapa hari sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan kerana menganggap bahawa perjuangan Sariyah telah selesai dengan bebasnya tanahair dari cengkaman penjajah. Berbeza dengan Shamsiah yang menghabiskan sebahagian besar hidup beliau di negara China walaupun negara telah merdeka dan hanya pulang ke tanahair selepas perjanjian damai dimeterai.


Shamsiah telah menafikan tududhan ini dan menyatakan bahawa bayi tersebut telah di bunuh oleh anggota PKM lain yang menganggap bayi tersebut sebagai halangan bagi pergerakan bebas mereka dalam perjuangan bersenjata secara gerila di dalam hutan tropika. Malah beliau menyatakan bahawa berita ini adalah merupakan propaganda yang dihebahkan oleh pemerintah Inggeris untuk memburukkan nama beliau. Ini telah dinyatakan beliau dalam bukunya ‘Memoir Shamsiah Fakeh – Dari AWAS ke Rejimen ke -10’.


Dengan pemergian Shamsiah menghadap Ilahi pada 2008. Maka terkuburlah bersama akan jawapan sebenar kepada persoalan ini. Benarkah Shamsiah telah membunuh anaknya.

“Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan Britishuntuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita.”

– Shamsiah Fakeh –

Advertisements

June 25, 2009 at 1:48 am Leave a comment

Bila Chin Peng Balik Ke Malaysia~ Satu fantasi

Jika Chin Peng di benar pulang ke Malaysia.

Pasti akan ada resepsi sambutan yang berbelah bagi untuk Chin Peng. Semestinya pemimpin dan konco konco dari golongan yang menyokong dan memperjuangkan kepulangan Chin Peng akan berada di pihak yang akan menyambut kepulangan Chin Peng di KLIA. Dengan jambangan bunga untuk dikalungkan di leher Chin Peng setibanya beliau semula ke tanah Malaya. Mungkinkah Chin Peng akan membuat lakonan dramatik dengan bertindak sujud ke tanah KLIA dan mencium bumi?. Mungkinkah beliau akan mengaku mencintai tanah air yang pernah porak peranda selama berpuluh tahun dek keganasan gerombolan yang diketuai beliau.

Semestinya jua akan ada satu lagi golongan yang akan menganjurkan tunjuk perasaan dalam usaha membantah kepulangan ‘Algojo Besar Malaya’. Dan semestinya mereka akan bersifat emosianal dalam melaungkan ekspressi diri mereka. Mungkinkah FRU terpaksa dipanggil untuk meredakan mereka? (Gambar di bawah hanyalah sekadar hiasan)

Dan mungkinkah satu majlis resepsi diadakan di Hutan Belantara oleh bekas anggota PKM yang telah ‘pencen’ untuk menyambut kepulangan pemimpin agung mereka.

Dengan penuh nostalgia, mereka akan menyarungkan kembali pakaian seragam katak hijau mereka dan mencipta semula kem komunis di Templar Park untuk resepsi berkenaan. Dan mereka beratur dengan megah untuk menyambut Chin Peng dalam agenda pertama rasmi beliau sebaik pulang. Dengan bangga sekali pasti mereka akan mengadakan jamuan yang ber’menu’ monyet serta tupai panggang untuk mewujudkan kembali suasana dalam hutan yang menjadi kebiasaan mereka.


Tetapi akhirnya akan ada jua hadiah dari rakyat Malaysia yang menentang kepulangan beliau. Mungkinkah kita akan bingkaikan gambar di bawah. Gambar satria kita dari Bukit Kepong yang menjadi antara manifestasi unggul kekejaman komunis di Malaya.

Nota

Nukilan ini hanyalah satu andaian kosong yang semestinya tidak akan terjadi kerana pemimpin negara kita yang arif sudah dari awal menyatakan bahawa Chin Peng tidak akan sesekali dibenarkan pulang.

June 21, 2009 at 1:04 am Leave a comment

SocialVibe

Dear friends


If you happened to be a visitor to my blog and are curious about the widget located at the right hand side of this page which has a button saying “help now”, please be informed that that widget is from SocialVibe .

This service is provided free by them and you as a blogger can choose from a selection of causes to support. Then you choose from a selection of corporate company which would contribute to your cause everytime ypu click on the “help now” button. The blogger who owns the page won’t get any financial profit at all from this action but the sponsor shall contribute financial assistance to your chosen cause everytime the button is clicked.


It is my hope that visitors to this blog would assist in the cause that I have chosen, which is ‘Stand Up To Cancer’ and everytime you clicked on the button, my chosen sponsor which is ‘powerbar’ would donate to the cause.


If you have clicked on the button. Thank you!

June 21, 2009 at 12:05 am Leave a comment

Chin Peng Lagi

 

 

Nampaknya isu Chin Peng masih lagi hangat diperkatakan. Walaupun sudah tengelam dek isu panas semasa yang lain dalam akhbar streamline di negara kita. Namun, perang isu samada wajar atau tidak Chin Peng di benar pulang masih lagi hangat di kalangan blogger tempatan. 

Tadi saya berkesempatan menjenguk bebrapa blog yang membicarakan isu ini dalam posting blogger berkenaan dalam tepoh beberapa hari lepas. Nampaknya debat masih terbuka. Ada yang menyatakan bahawa Chin Peng sudah ‘harmless’, apa salahnya dia dibenarkan pulang. Tak kurang juga yang menyamakan isu chin peng ini dengan membandingkan kekejaman jepun yang lagi teruk berbanding MPAJA yang merupakan organisasi yang membekal pelopor PKM. Ada juga yang bertanya, adakah menghantar Askar Melayu ke Buckingham Palace tidak kurang sama juga dengan menghina Askar Melayu?.

Namun, isu yang menjadi ‘priority‘ adalah wajarkah beliau dibenarkan pulang?. Ramai yang sudah berlembut dan mengambil sikap terbuka untuk menerima kepulangan Chin Peng. Tidak kurang juga ada yang masih dengan secara keras mahu menghalang kepulangan beliau. 

Sememangnya Parti Komunis Malaya(PKM) tidak lagi menjadi ancaman kepada negara kita. Yang menjadi persoalan adalah, bolehkah kesilapan lepas mereka dimaafkan dalam generasi kita atau kita perlu menunggu lebih lama lagi untuk rakyat melupakan kekejaman PKM?. Atau ahli PKM yang lain sudah dimaafkan namun Chin Peng sebagai pemimpin PKM yang menentukan halatuju serta dasar PKM dahulu masih lagi belum dimaafkan sepenuhnya. Rasanya belum masanya lagi untuk seluruh rakyat Malaysia melupakan dosa PKM. Mungkin satu dua generasi lagi dari sekarang, bila ianya hanya sekadar cebisan dalam lipatan sejarah kita yang terkandung dalam buku-buku ilmiah sahaja. Dan mereka yang terlibat secara langsung dengan peperangan menentang pengganas komunis sudah tiada lagi, mungkin pandangan rakyat Malaysia akan lebih terbuka. Tapi pada saat ini, rasanya luka masih lagi berparut dan amat sukar untuk menerima kembali Chin Peng di tanah Malaysia.

 

June 15, 2009 at 2:27 am Leave a comment

PM Terhebat!

Tun M!

mahathir

1. Visinya yang jauh ke depan

Dulu ramai yang menentang visi Tun M dalam pelbagai  aspek. Kita ambil contoh Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya. Ramai yang menganggap projek ini sebagai pembaziran wang rakyat dan alasan untuk memperkayakan kroni tertentu. Namun sekarang kita dapat berbangga dengan Putrajaya dan suara sumbang yang lantang dahulu sudah tidak kedengaran lagi. Cuba bayangkan Bandaraya Kuala Lumpur dengan pejabat kerajaan bersepah di ceruk sana sini. Kompleks pejabat kerajaan Jalan Duta, Pusat Bandar Damansara dan pelbagai bangunan kerajaan di seluruh pelusuk bandaraya yang menyebabkan sukar untuk rakyat untuk berurusan dengan kerajaan. Namun sekarang semua urusan dapat dijalankan di satu pusat yang amat menyenangkan semua rakyat.

Begitu jua dengan KLCC. Juga disebut sebagai pembziran wang Petronas dan juga negara. Namun sebut saja menara berkembar Petronas sekarang, satu dunia tahu ianya di KL. Malah ia melonjakkan imej Malaysia di serata dunia. Filem Hindustan dan Hollywood pun tanpa segan silu membuat penggambaran berlatarbelakangkan KLCC.

2. Percaturan politik yang licik

Tun selalunya membuat percaturan politik yang licik dan tepat terutama dalam menghadapi krisis dan seringkali kita lihat keputusan yang dibuat beliau telah menyelamatkan karier politik beliau.

Krisis kepimpinan UMNO di mana kepimpinan beliau dicabar KuLi.

Perceraian 2M(Mahathir dan Musa)

Penyingkiran DSAI

Adalah antara senario politik yang dapat kita lihat yang mencerminkan kebolehan Tun dalam menangani isu panas dalam zaman pemerintahan beliau. Ada yang berpendapat bahawa Tun dikelilingi penasihat yang merupakan ‘Political Animals’ yang berani untuk bertindak dalam menyelesaikan krisis dan tidak lemah serta gentar dalam  tindakan mereka.

3. Membela pribumi Melayu

Kalau kita lihat semasa zaman Tun, walaupun peluang diberi kepada semua bangsa untuk berkembang maju di Malaysia. Nasib melayu tidak diabaikan. Dalam mempertahankan DEB yang banyak membela nasib melayu, Tun tidak tunduk kepada gesaan sesetengah pihak yang menentang hak istimewa melayu. Malah dari apa yang kita lihat, pihak berkenaan tidak berani bersuara lantang dalam hal keistimewaan melayu. Berbeza dengan apa yang kita lihat sekarang, ada segelintir pihak yang sudah berani untuk bersuara secara terang terang yang mengakibatkan kestabilan politik mula goyah dan juga keharmonian kaum di Malaysia terancam.

4. Kelantangan bersuara

Dalam pentas dunia, sebuah negara membangun yang kerdil seperti Malaysia mula dikenali apabila pemimpin kita berani untuk menyelar dunia barat dalam ucapan serta kenyataan beliau. Isu Palestin, kewangan dunia, monopoli barat, penindasan terhadap penduduk Islam di Bosnia Hezergovina serta pelbagai lagi pendapat beliau yang diutarakan telah melonjak nama beliau di mata dunia. Malah atas kelantangan beliau pernah seorang bekas PM Australia memanggil Tun sevagai ‘Recalcitrant‘ atau keras kepala. Namun itu semua tidak melunturkan semangat Tun.

Malah penduduk Islam serata dunia masih menghormati dan mengenali Tun berbanding pemimpin kita selepas beliau. Sekarang jua, rata-rata penduduk Islam dari negara lain akan menyebut “Mahathir” dengan perkataan ‘good’ sambil mengangkat ibu jari, walaupun sudah beberapa tahun Tun mengundurkan diri.

June 15, 2009 at 1:25 am Leave a comment


Member of:

JomLayan

BlogMalaysia.com

BloggerMelayu.com
June 2009
M T W T F S S
« May   Jan »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Archives

Visitors

  • 8,455 hits

Ucapkanlah