Apa akan jadi kepada orang asli Sg. Ruil?

By SIMON KHOO
The Star | 19 August 2011
CAMERON HIGHLANDS: All the 1,015 Semai villagers affected by the Aug 7 killer landslide in Kampung Sungai Ruil here do not want to be relocated.
Village headman Kadir Ahsan said the heads of the 124 households in the village had agreed to stay put.
“We have been staying here for the past five generations. No one should force us to leave our ancestral land, and we are prepared to take the risks.
“We shall live and die here,” he said.
The landslide, which came after two hours of downpour, killed seven villagers, including a family of three, and seriously injured two.
Kadir said 666 villagers were still seeking shelter at SJK (C) Brinchang’s hall.
He said the others were temporarily staying with friends and relatives because the hall was crowded and uncomfortable.
“We were told that we need to stay away from our village for at least six months.
“It is too long. Some villagers have already returned to their homes despite the evacuation order still in force,” he added.
Kadir said they would defend “at all costs” the last plot of their ancestral land, which had already shrunk from 120ha during his great-grandparents time to just 26ha now.
Ramlah Junus, 47, said she would not leave the village despite reports that said the area was not safe.
“I think it is an attempt to evict us so that certain quarters can take over our land to carry out other projects.
“A housing development project is already taking place adjacent to our village,” said the mother of six children aged between 13 and 24.
Another fellow Semai, Ngah Jefri, 34, echoed her sentiments, adding that the settlement was located on prime land.
He said instead of relocating them, the authorities should restructure the village or build retention walls to prevent future landslides.
Tanah Rata assemblyman Ho Yip Kap urged the authorities to expedite their investigations into the cause of the landslide so the villagers could return home and continue with their lives.
“I have visited the site and observed that more than half of the remaining houses are on low hill slopes with no danger of possible landslides,” he said.
Pasukan Simpanan Persekutuan (Federal Reserve Unit) Satu Imbasan Ringkas
Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU telah ditubuhkan sebagai sebuah pasukan khas yang bertindak dalam menjaga keamanan negara di waktu ketegangan dan juga rusuhan samada yang sedang berlaku atau yang bakal berlaku.

Ditubuhkan semenjak sebelum merdeka iaitu pada 5hb Disember 1955. Pasukan ini telah melalui pelbagai cabaran antaranya Rusuhan Kaum pada 13hb Mei 1969, gerakan reformasi pada 1990an dan juga terakhir sekali yang mendapat liputan meluas adalah dalam menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada tahun ini. Pasukan ini juga pernah diberikan penghormatan sebagai pasukan pencegah rusuhan di bawah Panji Bangsa Bangsa Bersatu di Timur Leste.
Rusushan Kaum 13 Mei 1969
Di Timor Leste
Setiap Unit FRU ditempatkan secara strategik dibeberapa kawasan bandar utama diseluruh Malaysia:-
- FRU No 1 - Kuala Lumpur
- FRU No 4 - Kuala Lumpur
- FRU No 2 - Johor Bahru, Johor
- FRU No 3 - Pulau Pinang
- FRU No 5 - Ipoh, Perak
- FRU No 6 - Kuala Terengganu, Terengganu
- FRU No 7 - Seremban, Negeri Sembilan
- Terup Wanita – Jalan Semarak, Kuala Lumpur
- Unit Berkuda - Kuala Lumpur
- Sekolah Latihan FRU - Ipoh, Perak

Dengan Topeng Gas
Fundamentalist Dogma Delusion ~ Contoh Umat Dunia Akhir Zaman
- Perbualan Atheis
Bacalah sendiri kenyataan kenyataan cendikiawan muda kita pada hari ini yang menterjemahkan ajaran Al-Quran dari perspektif mereka. Dan alangkah indahnya bahasa yang mereka gunakan. Ini bukan sahaja mempertikaikan ajaran Islam tetapi juga Ajaran Agama lain seperti Kristian yang mempercayai kejadian Manusia dan juga Nabi Adam sepertimana yang di ajar dalam Islam. Walaupun mungkin ada perbezaan akan tetapi pada asasnya ia adalah sama.
Mungkin anak muda ini merasakan diri mereka amat hebat dan pemikiran mereka sebagai advanced sehingga sanggup menghina ajaran agama. Adakah mereka ini mempunyai pendidikan Theology yang tinggi ataupun hanya sekadar bercakap ikut sedap mulut sahaja….
Walau apapun … fikirkanlah
Inikah wajah Lynnete Lincoln?
Inikah wajah Lynette yang sebenar. Sebab kalau search dalam FB pun ada beberapa Lynette Lincoln yang dijumpai….
MB Perak~ Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin atau Dato’ Seri Dr. Zambry Abd kadir
Pagi ini kita akan ketahuan siapakah yang akan memegang tampuk kerusi ‘Panas’ sebagai Menteri Besar Perak. Samada PR ataupun BN yang akan memerintah perak, itulah persoalan utama.
Memetik kata kata Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dalam blog beliau:-
Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak. Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.
sumber: http://kamparinn.blogspot.com/
Bagi beliau ianya dirampas dari tangan beliau. Tetapi adakah benar atau tidak ia akan ditentukan nanti oleh lima orang Yang Arif yang akan menentukan kesinambungan drama politikus Perak. Kita hanya mampu tunggu dan lihat. Walau apapun. Adakah DSNJ benar benar MB Perak yang berkuasa sewaktu beliau memimpin Perak ataupun beliau hanya Boneka pihak tertentu hanya kerana Perlembagaan Negeri menetapkan bahawa seorang Bumiputra yang layak menjadi MB.
bersambung selepas keputusan Mahkamah………………….
Lynette Lincoln dan Joanna Ann

Satu lagi kontrovesi terbaru di Facebook. Angkara dua orang anak muda yang bertindak melulu dalam posting mereka di FB. Kalau AT terkenal kerana blog beliau, dua gadis ini pula telah menjadi Hangit di FB. Yang menarik bukan setakat mengutuk Nabi Muhammad SAW akan tetapi 1Malaysia pun dipanggil tahi Lembu. Bagus betul dua orang budak ini. Oh! Sebelum saya terlupa, Lynette Lincoln dah delete akaun FB beliau. Mungkin takut di ambil tindakan oleh pihak berkuasa jua ataupun takut menghadapi serangan dari umat islam dalam komen komen seterusnya.
Walau apapun. Jangan kehangatan mereka dalam berbicara akan menjadi HANGIT kelak.
Potret Terbaru Aduka Taruna

Kenapa Tutup Muka?
AT semasa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban.
Cuma satu persoalan…
Kenapa tutp muka saudara? Adakah saudara malu nak tunjuk muka kat khalayak umum?
Atau saudara rasa perbuatan saudara tu memang salah, jadi saudara malu la ya. Kalau macam tu masa hadap cermin pun saudara patut tutup muka, sebab saudara patut malu dengan diri sendiri jugak sama.
Petikan Blog Aduka Taruna
Terpanggil hamba untuk mengulas sepatah dua kata berkaitan dengan tindakan sesetengah blogger yang amat lantang bersuara terutama sekali selepas membaca beberapa blog yang mempertahankan ADUKA TARUNA dan tindakan beliau. Apa yang dapat dilihat mereka ini dengan semangat waja telah menyokong AT dan juga melaungkan semua ini adalah angkara ungkapan yang telah dipetik dari halaman web lain. Bagi hamba AT jika beliau benar berniat jujur ingin mengupas pandangan yang diutarakan oleh halaman lain, seeloknya beliau benar benar menerangkan dengan terperinci. Dari apa yang terjadi sekarang, nampaknya yang sebaliknya berlaku. Beliau telah menimbulkan satu ‘krisis’ di mana akhirnya beliau sendiri yang terjerat. Musibah dari perbuatan beliau adalah sehingga tersiar maklumat peribadi AT dalam satu ‘online’ forum tempatan sehingga telefon beliau serta ahli keluarga telah dihujani dengan pelbagai SMS yang menghentam mereka.
Walau apapun… bacalah sendiri petikan berikut dan fikirkanlah.


Aduka Taruna

Malu Menunjukkan Wajah Sebenar
Inilah potret terbaru blogger termasyhur kerana sebab sebab yang semuanya salah, Aduka Taruna. Kenapa harus beliau menutup mukanya. Adakah beliau malu untuk menunjukkan wajah beliau? Hanya berani berkata kata di Dunia Siber namun tidak berani berjalan megah lagi akan kerna kesalahan yang memang jelas lagi nyata. Mungkin beliau sedar yang tindakan bodoh beliau boleh mengakibatkan AIB besar kepada keluarga dan juga rakan rakan.
Namun semuanya sudah terlambat. Nasi sudah bukan setakat jadi bubur, namun sudah jadi bubur hangit yang dapat dihidu seantero negara. Kamu boleh meminta maaf kepada yang masih hidup, tapi bagaimana mahu panjatkan maaf kamu kepada Almarhum?
Aduka Taruna – Pengkhianat Melayu Moden
Pengkhianat Melayu Moden adalah sememangnya label yang sesuai diberi kepada AT. Bukan niat hamba untuk mencelah dan menumpang populariti beliau, akan tetapi hamba rasa beliau sememangnya adalah seorang yang hanya inginkan kepopularan untuk diri sendiri sehingga beliau terjerat. Tindakan beliau dengan kata kata yang kurang ajar adalah satu penghinaan yang tak sewajarnya dihamburkan, bukan setakat terhadap seorang Sultan akan tetapi jika ianya ditujukan kepada saudara seagama yang lain pun, ia memang tidak wajar. Adakah sebagai seorang yang mengelarkan diri sebagai seorang pemerhati bebas, beliau layak untuk mengucapkan perkataan sedemikian. Apa yang beliau perhatikan? Yang nyata adalah beliau sekarang yang berada dalam pemerhatian. Terkurung dalam “Hotel Lima Bintang” ataupun nama yang syahdunya LOKAP. Makan nasi bungkus hasil dari ihsan pembayar cukai. Dan sekarang memang beliau popular, tapi popular sebagai anak melayu yang tak sepatutnya memijak kaki di tanah melayu.
erlihat ada satu komen dalam blog beliau yang mempertahankan beliau dan jua menyatakan bahawa Sultan Melayu sudah tidak releven. Berikut adalah petikan komen beliau:-
ibnu marzuki al firdaus says
Wednesday, January 27, 2010 10:19:00 PM GMT+08:00
“AT ada kah kamu melayu? bukan..”
buat apa jadi meLAYU, doh?
patutlah lembap nak mampos!
wakaka…
*p.s. 1) aku keturunan menyegar.
2) depa kata kita tak boleh hidup tanpa sultan. habis melaka & sarawak tuh apa kes? indon pun boleh survive! dasar bangang otak masih pakai keris untk bertahan, keldai untuk bergerak & burung merpati untuk berhubung BERBANDING pistol, kereta & HP…
Sumber : #mce_temp_url#
Ini sememangnya seorang lagi hamla yang tidak sedar diri. Kaum Melayu sekarang sudah hampir mengalami kepupusan identiti. Dan Institusi Raja adalah merupakan salah satu dari dahan utuh yang kita berpaut untuk mempertahankan maruah Melayu. Bila Raja diperlekehkan, maka seluruh kaum Melayu juga diperlekeh. Sebagai pemimpin kita, apa yang kita akan buat apabila Raja kita dihina. Semestinya kita akan melawan balik dan mengambil seruan untuk menghukum manusia jahat yang menghina pemimpin kaum kita.
Kita sudah ada undang undang bertulis yang menyatakan akan musibah yang menimpa mereka yang seperti AT. Biar undang undang dilaksanakan dan biarlah dia menanggung padahnya. Kalau diikutkan tahap kepanasan, buang negeri saja AT ni. Humban dia ke pulau terpencil di tengah lautan dan biarkan beliau hidup bersama spesis hidupan liar di sana. Kerana memang layak bagi seorang melayu yang tak mengenal asal usulnya untuk hidup bertemankan siamang!




SocialVibe